PANDUAN MENGISI BORANG T6BRU 1. Calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 boleh memuat turun borang T6BRU (di bawah panduan ini) dan melengkapkan borang tersebut. Tempoh rayuan : mulai 1 Julai 2020 - 14 Julai 2020. 2. Calon yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2019, tetapi berjaya mendapat kepujian tersebut dalam peperiksaan SPM Ulangan boleh membuat rayuan. 3. Calon boleh membuat rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 ke JPN/PPD berkenaan dengan menggunakan borang T6BRU mulai 1 Julai 2020. 4. Umur calon adalah seperti yang ditetapkan dalam syarat am. 5. Semua rayuan yang diterima lewat dari tarikh 14 Julai 2020 tidak akan dipertimbangkan. Kelulusan permohonan adalah tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan. 2 Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen- dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: a. Keputusan peperiksaan SPM; 3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2020. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan. 4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut: a. Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan; 6. Tarikh pengumuman keputusan rayuan : 15 Julai 2020. Murid hendaklah melapor diri selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja mulai 15 Julai 2020. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran. 7. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
|
|