PANDUAN MENGISI BORANG T6BKK

 

1. Borang T6BKK ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak

    membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2016 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

 

2.  Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan

     seperti berikut:

 

i.          Keputusan peperiksaan SPM 2015

ii.         Sijil kelahiran,

iii.        Kad pengenalan/passport

iv.        Sijil Berhenti Sekolah; dan

v.         Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

 

3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal.  Pengetua  sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah  Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

 

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 Mei 2016. Permohonan yang lewat tidak akan    dipertimbangkan.

 

5.  Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

 

i.

Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;

ii.

Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;

iii.

Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan

 

iv.

 

Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik

 

 

 

6.  Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

 

7.  Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 14 Jun 2016.

 

8.  Murid  hendaklah  melapor  diri  mulai 20 Jun 2016 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.

 

9.  Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

 

 

Download Borang  T6BKK