PANDUAN MENGISI BORANG T6BCP

 

1. Borang  T6BCP  ini  adalah  untuk  CALON  PERSENDIRIAN,  SEKOLAH  SWASTA  & SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2016 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

 

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

 

i.       Keputusan peperiksaan SPM 2015,

ii.      Sijil kelahiran,

iii.     Kad pengenalan/passport

iv.      Sijil Berhenti Sekolah; dan

v.       Sijil-sijil persekolahan menengah.

 

3. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah  Menengah Teknik)/Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.

 

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 Mei 2016. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

5.  Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

 

i.       Lulus dalam  peperiksaan  SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan;

ii.       Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana- mana mata pelajaran lain; dan

iii.       Tidak melebihi had umur yang  ditetapkan dalam syarat am.

 

6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik.

 

7. Keputusan  permohonan  akan  dimaklumkan  oleh  Bahagian  (kecuali  Sekolah  Menengah Harian dan Sekolah  Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon.

 

8.  Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

 

 

Download Borang  T6BCP