Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam

 

 

1.

Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan

SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

 

 

2.

Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi

tujuan pendaftaran masuk? Contoh

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

 

 

3.

Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

§    Syarat am (kecuali Murid Bekeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

§    Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

§    Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM. Baca Perincian

4.

Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia

 

Gred

Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK)

Tahap

 

A+

1

Cemerlang Tertinggi

A

1

Cermelang Tinggi

A-

2

Cemerlang

B+

3

Kepujian Tertinggi

B

4

Kepujian Tinggi

C+

5

Kepujian Atas

C

6

Kepujian

D

7

Lulus Atas

E

8

Lulus

G

9

Gagal

 

 


 

5.

Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan   Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) di sekolah tersebut - dapatkan pengesahan Pengetua. Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima. Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Panduan dan Borang

 

 

6.

Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu

untuk masuk ke Tingkatan Enam? Panduan dan Borang

Anda   boleh   membuat   permohonan   rayuan   dengan   menggunakan   Borang   Rayuan Kemasukan  Ke Tingkatan Enam Tahun 2015 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi syarat- syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:

 

(a)

Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  untuk  Sekolah

Menengah  Harian,  Sekolah  Menengah  Teknik  dan  Program  Pendidikan  Khas

Integrasi

 

(b)

Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

 

(c)

Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

 

7.

Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/  sekolah swasta/ Sekolah Menengah

Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan? Panduan dan Borang

Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan  Enam  Tahun  2015  Bagi  Calon    Persendirian,  Sekolah  Swasta  &  Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

 

(a)

Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  untuk  Sekolah

Menengah  Harian,  Sekolah  Menengah  Teknik  dan  Program  Pendidikan  Khas

Integrasi

 

(b)

Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

 

(c)

Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas


 

 

 

8.

Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar

sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya?

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut  kepada  Bahagian  (kecuali  Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah  Menengah Teknik) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing- masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah / negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin diMohon itu berada.

 

(a)

Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  untuk  Sekolah

Menengah  Harian,  Sekolah  Menengah  Teknik  dan  Program  Pendidikan  Khas

Integrasi

 

(b)

Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

 

(c)

Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

 

 

9.

Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan

Enam?

Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130

Akta  Pendidikan  1996  Peraturan-peraturan  Pendidikan  (Penerimaan  Masuk  Murid  ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan   mengisi   borang   P.U(A)275-Jadual   Pertama   yang   boleh   diperoleh   di   Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah , JPN (Sila lihat Rujukan 2). Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta paspot murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Sekiranya  permohonan  bukan  dari  ibu  bapa  murid,  sila  kemukakan  dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.

 

 

10.

Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya

lakukan?

Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11.

Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun


 

 

labuh/ jenis jubah/ maksi,  two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau

pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang  menggunakan  material  jenis  denim  tidak  dibenarkan.  Jeans,  cargo  pants,  seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

 

 

12.

Saya  telah  menolak  tawaran  Matrikulasi/IPTA/IPTS,  bolehkah  saya  memohon  ke

Tingkatan Enam?

Calon yang menolak tawaran Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

 

 

13.

Saya tidak menamatkan pengajian di Matrikulasi/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu

untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Calon tidak menamatkan pengajian di Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada x Jun 2017. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

 

 

14.

Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan

kerana  kerjaya/kursus/masalah peribadi/kesihatan?

Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Penggal Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

 

 

15.

Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?

Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.