http://myschoolchildren.com/wp-content/uploads/2012/08/sbpt1-04s.png

 

TARIKH : 30 DISEMBER 2014
.

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL. 22 TAHUN 2014

KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS MULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH
___________________________________________________________________________
.

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.
.

2. Mulai tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah. Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2015 kemasukan murid ke Tingkatan 4 aliran Sains akan dilaksanakan berdasarkan keputusan PT3. Berikut adalah kriteria bagi kemasukan murid ke Tingkatan 4 aliran Sains:

 

i. murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4;

 

ii. murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau C/C

dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4;

 

iii. Kes Khas
murid yang mendapat gabungan Gred A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4;

 

iv. murid yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4.
.

3. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan sewajarnya dan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.

 


Sekian. Terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 

(DATUK Dr. AMIN BIN SENIN)


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dasar dan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

.